''10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTRINYA''
1. Kalau ada pakaian yang koyak,Rasululla h menambalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.Belia u juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang
ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Ka lau Nabi
berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi
bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan
’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari
ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang
memukul isterinya.Rasul ullah menegur,‘Mengap a engkau memukul
isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi aku pukul lah
dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi
wassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu
kepada anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda,’sebai k-baik
lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap
isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai
pemimpin umat..
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH
Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa
kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang
lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.
9.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih
lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-mene rus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak
.
10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,
bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah
payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak
boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar