Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa
tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya
peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi
ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni
Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi
Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya tidak
punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan
bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda
sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa
sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana
merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar
lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun
keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa
banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena
sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair,
Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.
Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak
muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal,
Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang
dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku
mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah
atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima
bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat
beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat
disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.
Umar
Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan
dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan
mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan
muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy
mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan
berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan
kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa
seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku
keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan
’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah.
Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi
peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar
juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan
dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu
hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin
Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada
kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah
s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah
engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi
Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia
beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya
Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia
menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera
menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih
dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian
pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat
terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting
puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan
bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi
hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut
puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air
mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda
telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah
mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang
menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku
ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a.
terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati
Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau
berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini
hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung
dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali
r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu
kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika
itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu
diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah
yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan
pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a.
kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke
pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang
yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat
semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah
s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib
menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak
mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali
nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada
dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah
keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah.
Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu
Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan
belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi
hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat
aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan
akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa
aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku
datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah
apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah
nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi
Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak
anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi
sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah
s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap
memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau
juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak
menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib
bergembira sebab Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu
menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan
oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul
pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham.
Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah,
itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan
itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan
semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk
menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan
ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam
suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali
merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata,
“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah
pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu
adalah Dirimu”
Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi
memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta
kepadaNya.
Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani
mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar
gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan,
bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding
kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya
biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk
mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta,
diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta
bernafsu.
Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan
ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat
ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui,
melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan
yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar